ABOUT ME

-

Today
-
Yesterday
-
Total
-
  • Aktiviti Program Transisi Tahun Satu
    카테고리 없음 2020. 3. 3. 18:30

    SK Bukit Kenak, 25 Januari 2015 - Bermula 11 januari yang lepas, program Transisi Tahun 1 kini berada di penghujungnya. Bagi mendekalti para murid baru ini satu Majlis Temu Murni bersama para penjaga mereka telah diatur bagi memberi gambaran jelas dunia persekolahan. Sepanjang tempoh program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Penyelaras Tahun 1 kali ini ialah Pn.

    Nor Fauziah bt. Aminudin dengan dokongan para guru kelas iaitu Pn. Sariah Abdul Ghani 1 Maju dan Puan Zarinawati Shaari 1 Usaha serta semua guru yang mengajar tahun 1. Antara Objektif Perlaksanaan Program ini ialah. Pada tahun ini seramai 95 orang murid tahun 1 mendaftar masuk ke SKBK yang mana 35 orang di kelas 1 Jaya, 32 orang di kelas 1 Maju dan 28 lagi di kelas 1 Usaha. Pelbagai aktiviti dirangka sejajar dengan objektif Program Transisi kali ini.

    Bagi melicinkan program, setiap murid disediakan tanda nama yang mewakili kelas masing-masing dan sebarang aktiviti dijalankan mengikut kelas selama 2 minggu pelaksanaannya.Suasana Minggu Pertama TransisiAktiviti Sukan dan pertandinganAntara aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak baru SKBK ini ialah pertandingan sukaneka yang mana rata-rata menunjukkan minat dan proaktif. Ini digalakkan oleh imbuhan berbentuk hadiah bagi yang menang. Para guru tahun 1 dilihat sangat bersedia dan bersama-sama membimbing anak-anak ini dan tidak lupa para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa datang memberi sokongan kepada anak masing-masing.Penyampaian hadiah sukanekaMajlis Penutup Minggu Transisi 2015, 22 Januari 2015 jam 11.30 pagi. Setelah hampir dua minggu program ini berlangsung, akhir tiba di titik akhir, yang mana anak-anak baru SKBK telah dapat menghadam dunia persekolahan baru mereka.

    Majlis ini dipengerusikan oleh Kaunselor SKBK, En. Yusoff bin Mamat yang mana beliau juga merupakan salah seorang tulang belakang program Transisi kali ini.

    Aktiviti latihan dalam kumpulan

    Beberapa aspek berkaitan dengan persekolahan dan perubahan tingkah laku murid menjadi topik beliau supaya para penjaga dapat memahami situasi anak mereka di sekolah dan tidak cepat menimbulkan spekulasi.Ibu Bapa dan murid di Majlis Penutup Program Transisi 2015. Beliau menjemput guru Penyelaras Tahun 1, Puan Norfauziah bt. Aminuddin bagi memberi penerangan lanjut tentang keperluan dan program ini kepada para penjaga. Dan sebagai penutup, GPK Pentadbiran Hj. Abdul Yazid bin Mohd. Zain dijemput untuk memberikan ucapan serta merasmikan penutup program Transisi 2015.

    Beliau dalam ucapan, menyampaikan salam Takzim tuan Guru Besar yang tidak bersama-sama dalam majlis tersebut di atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Beliaudalam pada itu mengingatkan para penjaga agar prihatin dan mengambil berat berkaitan persekolahan anak-anak tahun 1 dan memberi kerjasama kepada para guru agar anak-anak ini berjaya dididik dan hebat akademiknya kelak.Penyerahan Buku Teks dan Buku Aktiviti kepada murid tahun 1Selesai majlis tersebut, satu agenda terakhir dilaksanakan iaitu, penyerahan buku teks serta buku aktiviti kepada semua murid tahun 1 mengikut kelas dengan kehadiran para penjaga mereka bagi memudahkan urusan tersebut di buat. Alhamdulillah Program Minggu Transisi pada kali ini berjalan lancar dan semoga akan diteruskan lagi dengan jayanya di tahun-tahun yang mendatang. In sha Allah.

    Aktiviti Program Transisi Tahun 1 2018

    Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni.Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim.Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH.sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer.sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ♥✿.¸¸.´✿◕MARI JADI ORANG BAIK. ♥✿.¸¸.´✿◕◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT♥✿Selamat menonton dan membaca♥✿. Berbagai-bagai aktiviti menarik telah dirancang bagi menarik minat murid-murid tahun 1 untuk ke sekolah. Disamping nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya, murid-murid dipenuhi dengan pelbagai aktiviti secara individu dan kumpulan.Hari kedua 4.1.2011Seawal dari tahun 1 murid-murid telah dilatih supaya berdisiplin.

    Disamping semua guru yang terlibat dengan murid-murid tahun 1, Guru besar turut memainkan peranan dalam membimbing dan melatih murid agar berdisiplin.Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman ringan. Murid-murid dihimpunkan di tapak perhimpunan.

    Senaman ringan pagi Selasa dibimbing oleh En Nazri bersama guru-guru yang terlibat dengan tahun 1. Beginilah gelagat murid-murid dan guru-gurunya.Selepas senaman ringan, guru-guru yang terlibat meneruskan lagi program transisi. Aktiviti seterusnya ialah pengurusan bilik darjah dan santapan rohani.

    Kemudian murid-murid dibawa melawat ke persekitaran sekolah seperti tandas, pejabat, padang, bilik guru dan kantin. Murid diberi penjelasan tentang peraturan sekolah.Aktiviti seterusnya pada hari kedua ialah bermain dengan huruf-huruf blog pelbagai warna. Tujuan utama ialah murid dapat mengenali huruf-huruf a –z. Di samping itu memupuk semangat berkumpulan di dalam permainan huruf. Murid-murid juga dilatih peka dengan arahan guru.Murid-murid menyanyi lagu ABC bagi aktiviti pengukuhan.Sebelum pulang, murid-murid menyanyi lagu “Satu, satu, saya sayang ibu”Beginilah gelagat murid-murid tahun satu bersama guru-gurunya pada hari kedua persekolahan.Hari ketiga 5.1.2011Seperti biasa murid-murid memulakan aktiviti dengan senaman ringan di tapak perhimpunan. Senaman hari ini dibimbing oleh En Nik dengan bantuan guru-guru tahun 1.Aktiviti utama hari ketiga ialah membina bola warna mengunakan kad manila dengan bantuan guru.

    Beginilah hasilnya.

Designed by Tistory.